Kuala Lumpur, Jan-
Polis menggesa orang ramai tidak menyertai apa jua perhimpunan yang dianjurkan oleh mana-mana pihak, demi menghormati titah Yang di-Pertuan Agong.
Gesaan Ketua Polis Negara Razarudin Husain menyusuli kenyataan Istana Negara, yang mengingatkan semua pihak agar menghormati Perlembagaan dan undang-undang bagi memohon keampunan atau pengurangan hukuman seseorang banduan.
“Demi menghormati titah kenyataan Agong, orang ramai digesa tidak menyertai apa jua perhimpunan yang dianjurkan oleh mana-mana pihak.
“Semua rakyat digesa untuk sentiasa mendukung prinsip rukun negara khususnya kedaulatan undang-undang serta kesopanan dan kesusilaan yang merupakan pancang kepada kemakmuran dan keharmonian negara,” kata Razarudin dalam kenyataan.