Kuala Lumpur, Feb-
Seorang jururawat maut digilis kereta selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh belakang lori di KM28.2 Lebuhraya Silk, Sepang petang semalam.
Timbalan Ketua Polis Sepang, G. K. Shan Gopal, berkata kejadian berlaku pada 1 petang itu berlaku ketika mangsa berusia 29 tahun dalam perjalanan dari Cheras Jaya ke tempat kerja.
“Apabila sampai di lokasi kejadian, mangsa dipercayai telah terlanggar belakang sebuah lori tiga tan yang berhenti di lorong kecemasan kerana mengalami masalah teknikal.
“Akibat dari pelanggaran tersebut, mangsa telah tercampak ke sebelah kanan jalan dan digilis oleh sebuah Perodua Bezza yang kemudian dilanggar Alza,” katanya dalam kenyataan.



















