Jadual KTM Komuter Pelabuhan Klang-KL Sentral dikurangkan 30 minit

Kuala Lumpur, Jan-
Jadual kekerapan perkhidmatan bas dan tren komuter Keretapi Tanah Melayu (KTM) laluan Pelabuhan Klang-KL Sentral-Pelabuhan Klang dikurangkan 30 minit pada waktu puncak masing-masing mulai 17 Jan dan 20 Jan ini.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata ini bagi mengimbangi kerja-kerja projek Kereta Api Berkembar Elektrik Lembah Klang 2 (KVDT2) selain menambah baik masa menunggu untuk pengguna laluan KTM Komuter bagi kedua-dua laluan tersebut.

“Untuk arah Pelabuhan Klang ke KL Sentral tren akan beroperasi pada kekerapan 30 minit pada waktu puncak pagi dan waktu lain akan digantikan dengan bas pada kekerapan 30 minit.

“Untuk arah KL Sentral ke Pelabuhan Klang pula tren akan beroperasi pada kekerapan 30 minit pada waktu puncak petang dan waktu lain akan digantikan dengan bas pada kekerapan 30 minit,” katanya dalam sidang media Pengumuman Perubahan Jadual Waktu KTM Komuter Laluan Pelabuhan Klang-KL Sentral-Pelabuhan Klang di sini hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here