Kuala Lumpur, Jan-
Mayat wanita dengan beberapa kesan tikaman dipercayai dibunuh ditemui di tepi jalan kawasan hutan berhampiran Bandar Country Homes, Rawang dekat sini, 2 Januari lalu.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir, berkata tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui di lokasi namun hasil siasatan mangsa disahkan seorang warga asing.
Beliau berkata, mangsa dianggarkan berusia antara 25 hingga 40 tahun dan dipercayai sudah meninggal dunia antara dua hingga empat hari sebelum mayatnya ditemui. “Pakaian terakhir mangsa ketika ditemui adalah berbaju t-shirt berkolar warna hitam tertera perkataan ‘Johny Walker’ dan berseluar pendek berwarna hitam
.”Hasil pemeriksaan pada tubuh badan mangsa mendapati terdapat beberapa kesan tikaman pada leher, dada dan belakang badan mangsa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Noor Ariffin berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh.