Sibu, Jan-
Seramai 28 orang termasuk pemandu berdepan detik cemas apabila bas ekspres dinaiki mereka, dalam perjalanan dari Kapit menuju ke Sibu, terbalik akibat kemalangan kendiri di Simpang Pangkalan Majau, Jalan Kapit/Song, dekat Kanowit, petang semalam.
Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sibu Andy Alie berkata 12 lelaki dan enam wanita yang mengalami cedera ringan telah menerima rawatan di Hospital Kanowit.
Beliau berkata sebaik menerima panggilan kecemasan pada 2.18 petang, tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kanowit serta sebuah jentera digerakkan ke lokasi.
Punca kemalangan masih dalam siasatan pihak polis.




















