Kuala Lumpur, Jan-
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menaik taraf kawasan gerai penjaja sekitar Jalan Masjid India di ibu kota ini secara berfasa sebagai usaha berterusan meningkatkan keindahan, kebersihan dan daya tarikan ke kawasan itu.
DBKL dalam kenyataannya berkata, naik taraf ini akan dilaksanakan melalui program Lestari Niaga secara berfasa untuk memastikan pelaksanaannya tidak mengganggu aktiviti perniagaan sedia ada di kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai.
“Di kawasan Jalan Masjid India, ada beberapa kategori lokasi perniagaan, antaranya adalah pusat penjaja berbumbung seperti di Jalan Melayu, Medan Bunus, Segi 3 Bunus serta ruang tepi jalan di sekitar kawasan Masjid India.
“Antara projek utama yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat ialah penyusunan semula peniaga di Jalan Melayu serta penyediaan gerai baharu yang lebih sistematik untuk para penjaja di lokasi terbabit.