Ketua Polis Negara bantu mangsa kemalangan

Kuala Lumpur, Jan-
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, menghulurkan bantuan kepada seorang penunggang motosikal yang terbabit dalam kemalangan di Lebuhraya Kuala Lumpur – Seremban, pagi tadi.

Razarudin ketika dihubungi BERNAMA memaklumkan, ketika kejadian jam 7.39 pagi itu, beliau bersama pegawai dan kenderaan pengiring dalam perjalanan ke Bukit Aman bagi menghadiri Perhimpunan Bulanan.

“Sebaik melihat kejadian, saya minta pemandu berhenti untuk memberikan bantuan. Saya juga meminta pegawai menghubungi talian kecemasan untuk bantuan ambulans serta anggota trafik untuk mengawal lalu lintas.

“Difahamkan, mangsa berusia 50-an cedera di kaki dan luka di tangan telah dibawa ke Hospital Cancelor Tuanku Muhriz UKM untuk menerima rawatan,” katanya.

Menerusi rakaman video yang tular di media sosial, penunggang motosikal yang memakai pakaian seragam Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) itu, berada di lorong kiri sebelum mengubah haluan ke lorong kanan.

Pada masa sama, sebuah kereta juga menukar haluan ke lorong kanan menyebabkan mangsa tidak sempat membrek dan melanggar bahagian belakang sebuah kereta lain.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here