KUSKOP pantau penyaluran dana TEKUN

Kuala Lumpur, Jan-
Proses penyaluran dana kepada Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional menerusi Belanjawan 2025 untuk memperkasakan usahawan komuniti India akan dipantau bagi memastikan penyampaian yang efisien.

Susulan itu, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri R. Ramanan, berkata pasukannya di Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) akan bekerjasama rapat dengan kepimpinan TEKUN Nasional bagi memastikan proses pelaksanaan berjalan lancar.

“Pada Belanjawan 2025, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memperuntukkan RM30 juta melalui TEKUN Nasional untuk memperkasakan usahawan India dengan tambahan dana dalaman TEKUN Nasional sebanyak RM70 juta yang akan menyokong lebih 5,000 usahawan India di seluruh negara,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Beliau berkata, Kerajaan MADANI sentiasa komited menjayakan agenda pemerkasaan keusahawanan masyarakat India, malah memperuntukkan RM100 juta iaitu jumlah terbesar dalam sejarah melalui Skim Pembiayaan Usahawan Masyarakat India (SPUMI) di bawah TEKUN Nasional sejak 2007.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here