Kuantan, Jan-
Sebanyak 121 warga asing ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen dalam operasi bersepadu melibatkan beberapa agensi penguatkuasaan yang dijalankan selama dua hari di Cameron Highlands bermula Rabu.
Ketua Polis Daerah Cameron Highlands Deputi Supt Azri Ramli berkata operasi melibatkan 143 pegawai dan anggota daripada pelbagai jabatan itu diadakan bagi membanteras kebanjiran warga asing di daerah berkenaan, susulan peningkatan kes jenayah di pelancongan tanah tinggi itu.
“Dalam operasi ini, pemeriksaan dijalankan di tempat penginapan warga asing, premis perniagaan, tapak pembinaan dan sekatan jalan raya melibatkan pemandu warga asing.
“Sebanyak 56 buah premis diserbu melibatkan pemeriksaan 686 warga tempatan dan 2,090 warga asing.




















