Gangguan Seksual Pengetua Dipindahkan Ke PPD

KULAI –
Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching, berkata  Pengetua sekolah yang didakwa terbabit dalam gangguan seksual terhadap seorang pelajar lelaki di Johor Bahru, sudah ditempatkan di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi memudahkan siasatan.

kes berkenaan kini sedang disiasat oleh Jabatan Pendidikan Johor.

“Kementerian Pendidikan amat memandang serius dakwaan gangguan seksual ini apatah lagi ia didakwa dilakukan seorang pengetua cemerlang terhadap pelajarnya sendiri.

“Kita sudah ambil langkah mengeluarkan pengetua terbabit dari sekolah berkenaan dan ditempatkan di PPD supaya siasatan berjalan lancar dan tiada gangguan ke atas mangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan majlis penyerahan bantuan persekolahan murid B40 SWM Environment Sdn Bhd, SWM Kasih di Sekolah Kebangsaan (SK) Murni Jaya, dekat sini, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here