Bapa biar anak 6 tahun bergayut pada pikap

Nilai, Jan-
Seorang bapa yang membiarkan anaknya berusia enam tahun bergayut pada pintu bahagian luar sebuah pikap yang dirakam dan tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdul Malik Hasim, berkata kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 9.45 malam Khamis lalu di kawasan Bandar Baru Nilai.

“Kira-kira jam 11.10 pagi tadi, Ibu Pejabat Daerah (IPD) Nilai mengesan satu video tular berdurasi 27 saat yang dimuat naik di akaun Twitter. “Ia menunjukkan kenderaan dipandu dengan keadaan seorang kanak-kanak bergayut pada sebuah pikap berwarna kelabu,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Nilai mengesan dan menahan pemandu pikap berkenaan dan dibawa ke IPD Nilai.

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku membabitkan pikap jenis Nissan Navara yang dipandu seorang lelaki warga asing berumur 38 tahun di kawasan Bandar Baru Nilai.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here