Johor Bahru, Jan-
Mayat seorang wanita warga Thailand ditemui berlumuran darah dalam tandas sebuah kompleks beli-belah di bandar raya ini semalam.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Balveer Singh Mahindar Singh, pihaknya menerima maklumat dari orang awam berhubung penemuan mayat itu jam 2.28 petang.
“Hasil siasatan polis setakat ini tidak menemui sebarang unsur jenayah berkaitan dengan penemuan mayat terbabit.
“Identiti mangsa juga masih dalam siasatan dan mayat dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk bedah siasat. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan bedah siasat dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian mangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.



















