Pukul oku : Seorang lagi ditahan

Chukai, Jan-
Polis menahan seorang lagi individu bagi membantu siasatan kejadian orang kurang upaya (OKU) dipukul di sebuah pasar tani di Chukai, Kemaman, yang tular sebelum ini.

Pemangku Ketua Polis Kemaman Wan Muhammad Wan Ja’afar berkata, lelaki berusia 30an itu ditahan ketika memberi keterangan di IPD Kemaman pada 11.30 malam semalam.

“Dia ditahan bagi dirakam percakapan untuk membantu siasatan kes berkenaan,” katanya, lapor Kosmo.

Selain itu, katanya, beberapa individu termasuk ahli keluarga mangsa turut dipanggil memberi keterangan. Penahanan ini menjadikan jumlah individu ditahan bagi membantu siasatan setakat ini empat orang, berusia antara 18 hingga 60 tahun.

Semalam, tiga lelaki ditahan susulan tularnya video menunjukkan OKU itu dibelasah oleh beberapa individu di sebuah pasar tani.

Kejadian berlaku pada kira-kira 9.30 pagi setelah mangsa yang menunggang motosikal dikatakan melanggar sebuah gerai jualan di situ, menyebabkan barangan jualan seorang peniaga tumpah dan terjatuh.

Sementara itu, Wan Muhamad meminta orang ramai berhenti menularkan video lelaki OKU itu dipukul.

Beliau berkata, polis akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak didapati menularkan video serta memberi komen negatif yang boleh menimbulkan kegusaran terhadap masyarakat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here