Keputusan pengurangan hukuman penjara Najib-Anwar pertahan

Kuala Lumpur, Jan-
Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan keputusan kerajaan Malaysia memberikan pengurangan hukuman penjara kepada Datuk Seri Najib Razak yang didapati bersalah dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Dalam temuramah dengan Financial Times di United Kingdom (UK), Perdana Menteri mengimbau pengalaman beliau ketika menjalani hukuman penjara sebelum ini, yang kini sedang dilalui Najib.

“Saya juga melalui neraka itu dan kurungan bersendirian. Saya tidak diberi makanan luar kecuali makanan penjara.

“Bagaimanapun, adakah saya perlu melayan Najib dengan cara yang sama? Saya katakan tidak, maksud saya, beliau adalah perdana menteri (sebelum ini),” katanya.

Pada Februari tahun lalu, Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri, memberikan pengurangan 50 peratus bagi hukuman penjara 12 tahun yang sedang dijalani Najib sejak 2022, sekali gus menyaksikan beliau bakal dibebaskan pada 23 Ogos 2028.

Selain tarikh pembebasan awal itu, Najib turut perlu membayar denda yang dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here