Jari kaki Guan Eng cedera tersepak bucu katil

Georgetown, Jan-
Pengerusi DAP Kebangsaan, Lim Guan Eng selamat menjalani prosedur rawatan di Hospital Penang Island, di sini, hari ini selepas mengalami kecederaan pada jari kakinya akibat tersepak hujung katil, pagi tadi.

Bekas Menteri Kewangan yang juga bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu menerusi hantaran di laman Fecebook berkata, jari kaki keempatnya terkehel daripada kedudukan asal akibat insiden itu.

“Selesai menjalani prosedur ‘local anaesthetic’ (bius setempat) untuk memperbetulkan jari kaki keempat saya yang terkehel (dislocated) susulan terlanggar di hujung katil pagi tadi.

Guan Eng turut memuat naik dua keping gambar menunjukkan beliau terbaring di katil hospital serta imbasan X-ray jari kakinya yang tercedera dalam hantaran berkenaan.

Beliau juga berterima kasih kepada Pakar Ortopedik Hospital Penang Island, Datuk Dr Oh Kim Soon yang sudi merawatnya meskipun ketika sedang bercuti sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here