Pemandu bawa dadah heroin rempuh pagar tabika!

Melaka, Jan-
Insiden sebuah kereta terbabas merempuh pagar Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) di Paya Lubuh, Tangga Batu, malam tadi menemukan dadah disorok pemandu kenderaan.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, dalam kejadian kira-kira jam 11.39 malam tadi, polis menahan pemandu lelaki berusia 56 tahun itu selepas pemeriksaan menemui bahan disyaki dadah heroin anggaran berat 15.46 gram dalam milikannya.

Menurutnya, terdahulu polis menerima panggilan awam memaklumkan sebuah kereta jenis Nissan Teana berwarna hitam merempuh pagar Tabika terbabit.Anggota polis yang tiba di lokasi pada jam 11.45 malam mendapati terdapat seorang lelaki di dalam kereta terbabit beralamat di Kampung Limbongan.

“Hasil pemeriksaan tubuh, polis menjumpai satu paket lutsinar berisi bahan disyaki dadah jenis heroin anggaran berat 15.46 gram di dalam poket sebelah kanan seluar jeans dipakai lelaki itu.

“Barang kes dirampas dan suspek kemudian dibawa ke Hospital Melaka untuk pemeriksaan kesihatan dan didapati tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here