Kuala Lumpur, Jan-
Seorang Mahasiswa sanggup menyerahkan barang kemas ibu bernilai RM100,000 susulan terpedaya kononnya terlibat pengubahan wang selain mengiklankan barangan menyalahi undang-undang dalam platform e-dagang.
Lelaki berusia 20 tahun itu sebelum itu, melakukan pemindahan wang kepada pihak menyamar wakil e-dagang dan pegawai polis.
Ketua Polis Pahang Yahaya Othman, berkata dalam laporan dibuat semalam, mangsa dikatakan terlibat kegiatan pengubahan wang lalu diminta melakukan pindahan wang bagi mengelak ditangkap.
“Suspek memaklumkan mangsa terbabit dalam kegiatan pengubahan wang haram sebelum meminta mangsa membuat pemindahan wang bagi mengelakkan mangsa ditangkap dan membersihkan rekod mangsa daripada kes jenayah.
“Mangsa membuat pemindahan wang berjumlah RM47,000 kepada tiga akaun berbeza,” katanya menurut Berita Harian.
Katanya, pada 30 Jan, mangsa juga diarah menyerahkan barang kemas milik ibu kepada seorang wanita tidak dikenali berhampiran taman perumahannya.
“Mangsa mula menyedari ditipu apabila ibu mangsa mempersoalkan kehilangan barang kemas dan kekurangan wang simpanan dalam akaun banknya.”





















