Kuala Lumpur, Sep 14.
Polis Kuala Lumpur akan melaksanakan Operasi Hormat Undang-undang Jalan Raya Fasa 2 di 16 lokasi sekitar ibu negara, bermula 15 September sehingga 29 September ini.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid, berkata operasi penguatkuasaan akan memfokuskan tujuh jenis operasi iaitu Op Parkir Haram, Op Halangan, Op Lampu Merah, Op Nombor Pendaftaran, Op Cermin Gelap, Op Motosikal dan Op Didik.
Sebanyak 16 lokasi menjadi tumpuan lokasi berkenaan ini termasuk Persimpangan Jalan Tun Razak, Persimpangan Jalan Tuanku Abdul Rahman, Persimpangan Jalan Raja Laut dan Persimpangan Jalan Sultan Ismail.
Sama seperti Op Fasa 1, tumpuan penguatkuasaan akan dijalankan secara lebih agresif pada waktu puncak iaitu waktu pagi dan waktu petang,” katanya pada sidang media di sini.

















