Pornografi,amang seksual pesakit kanak kanak doktor didakwa

Seorang doktor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas enam tuduhan menghasilkan pornografi dan melakukan amang seksual sewaktu merawat enam pesakit kanak-kanaknya pada Disember 2022 hingga 26 Jan 2023.

Tertuduh, Dr Anas Ramli, 32, memohon dibicarakan selepas kesemua tuduhan itu dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Wan Suhaila Mohd.

Tertuduh yang kini bertugas di sebuah hospital kerajaan di Kuantan, Pahang didakwa menghasilkan pornografi dalam bentuk gambar membabitkan lima pesakit perempuannya yang berusia antara 7 hingga 11 tahun ketika merawat mereka di Hospital Kemaman.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjarakan maksimum 30 tahun dan tidak kurang enam sebatan.

Tertuduh juga didakwa atas tuduhan melakukan amang seksual fizikal ke atas seorang pesakit kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun bagi maksud seksual pada 8 Feb tahun lepas di hospital sama antara 5.45 petang hingga 6.40 petang.

Sementara itu, tertuduh juga mengaku tidak bersalah ketika didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas kesalahan memiliki gambar lucah di dalam telefon bimbitnya yang dilakukan di dalam dewan bedah di hospital sama antara 7.30 pagi hingga 10 pagi pada 1 Nov 2022.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here