Abai kanak-kanak- Bapa, wanita didenda RM17,000, jalani khidmat masyarakat

Johor Bahru, Feb-
Seorang pemandu van kilang dan teman wanitanya secara bersama didenda RM17,000 dan kerja khidmat masyarakat selama 440 jam oleh Mahkamah Sesyen, di sini. Ia berikutan kedua-dua tertuduh didakwa meninggalkan dan mengurung seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun empat bulan di dalam bilik air tanpa diberikan makanan dan minuman mencukupi sehingga mangsa mengalami malnutrisi dan kurus kering, dua tahun lalu.

Hakim Thalha Bachok@Embok Mok membuat keputusan berkenaan selepas R. Thayalan, 39, dan teman wanitanya, K. Mageswari, 41, mengaku bersalah atas pertuduhan pindaan yang dibacakan di mahkamah hari ini.

Mengikut kertas pertuduhan pindaan itu, Thayalan yang juga bapa mangsa serta teman wanitanya secara bersama-sama didakwa meninggalkan mangsa tanpa persediaan pengawasan dan pemeliharaan berpatutan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here