Kuala Kangsar, Okt-
Seorang parah dan dua lagi cedera dalam kemalangan membabitkan tujuh kenderaan di Kilometer 257 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara iaitu kira-kira tiga kilometer dari Terowong Menora, di sini, malam tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, berkata kemalangan itu membabitkan lima kereta dan dua motosikal.
Beliau berkata, panggilan berhubung kejadian diterima pada jam 10.28 malam tadi dengan anggota dari Balai Bomba dan Penyrlamat (BBP) Kuala Kangsar dibantu keanggotaan BBP Meru Raya digerakkan ke lokasi.
Katanya, kemalangan itu menyebabkan seorang parah, dua cedera ringan, manakala lima yang lain tidak cedera.
“Mangsa yang parah adalah seorang wanita memandu PERODUA Myvi dengan kenderaan itu didapati dalam keadaan terbalik akibat kejadian, manakala dua mangsa yang cedera menaiki sebuah motosikal Yamaha Avantiz.



















