KKM harus haramkan vape, rokok elektronik – CAP desak

George Town, Feb-
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) sekali lagi mendesak kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) supaya mengharamkan penggunaan vape dan rokok elektronik berikutan peningkatan ketara penggunaannya dalam kalangan pelajar sekolah.

Pegawai Pendidikan dan Aktivis Anti-Merokok CAP, NV Subbarow berkata, sekiranya tindakan drastik tidak diambil, negara bakal berdepan lebih banyak kes berkaitan rokok elektronik (EVALI).

Menurutnya, EVALI merupakan keadaan keradangan serius yang boleh merosakkan paru-paru akibat penyedutan zarah kecil cecair nikotin dan perisa menggunakan peranti elektronik.

“Pesakit boleh mengalami kesan kesihatan sehingga 90 hari selepas terdedah kepada vape.

“Kesan vape sudah bermula. Jika kita tidak bertindak sekarang, generasi muda akan terus terjerumus dalam tabiat yang boleh membawa maut,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Tambah beliau, berdasarkan data KKM, sejak 2019 sehingga 30 September 2024, sebanyak 41 kes EVALI direkodkan dengan kos rawatan setiap pesakit mencecah RM150,000.

“CAP turut melahirkan kebimbangan terhadap pendedahan Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh bahawa 20,000 murid sekolah dikesan menghisap vape sepanjang tahun lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here