2 kondo mewah jadi lubuk dadah RM12.88 juta

Kuala Lumpur, Feb-
Sindiket pengedaran dadah yang menjadikan dua kondominium mewah sebagai tempat menyimpan bekalan dadah terbongkar selepas diserbu polis di sekitar Lembah Klang, pada Selasa dan Ahad lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Khaw Kok Chin berkata, dalam serbuan itu, pihaknya menahan enam individu termasuk seorang wanita secara berasingan serta merampas pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM12.88 juta.

“Kita menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 31 tahun di lif parkir kenderaan di sebuah kondominum di Batu Caves, pada jam 2.30 petang, Ahad,” katanya pada sidang akhbar di Bukit Aman, pada Isnin.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here