Ampang Jaya, Feb-
Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun cedera selepas dipatuk seekor ular sawa ketika hendak membuang air di rumahnya di Apartment Prima Court, Saujana Melawati, di sini, tengah hari semalam.
Kejadian dilaporkan jam 11 pagi ketika kanak-kanak terbabit dikenali sebagai Hadi masuk ke tandas di bilik tidur utama kediaman empat tingkat itu.
Ibunya, Adibah Aziz berkata anak lelakinya itu dipatuk ular berkenaan ketika membuka penutup mangkuk tandas untuk membuang air kecil.
Adibah berkata, anaknya itu kemudian dikejarkan ke Hospital Ampang sebelum ditahan untuk rawatan susulan.
“Hadi mengalami kecederaan pada celah kelengkang dan tangan akibat terkena gigitan ular sawa itu. Dia berada dalam keadaan stabil.
“Faktor kediaman itu yang terletak berhampiran dengan Zoo Negara serta dikelilingi kawasan hutan menjadi sebab ular banyak ditemui di kawasan kediaman kami,” kata Adibah.