500 tan kelapa sebulan akan dibawa masuk

Putrajaya, Jan-
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menganggarkan 500 tan kelapa akan dibawa masuk ke Semenanjung setiap bulan, bermula Februari.

KPKM dalam satu kenyataan memaklumkan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), mengambil langkah proaktif bagi menangani isu kekurangan bekalan kelapa di pasaran dengan meningkatkan pembelian kelapa tua dari Indonesia.

Menurut kenyataan itu langkah tersebut diambil bagi memastikan bekalan mencukupi untuk kegunaan domestik terutama menjelang musim perayaan.

“Pada masa ini, FAMA sedang dalam proses perundingan dengan pembekal baru dan perundingan peningkatan pembelian dengan pembekal sedia ada di Indonesia,” menurut kenyataan KPKM itu.

Di samping itu, KPKM memaklumkan usaha mengenal pasti kawasan baharu pengeluaran kelapa sedang diperluas dengan memberi perhatian kepada kawasan produktif di Sabah dan Sarawak.

“FAMA turut mengenal pasti kawasan pengeluaran kelapa di Sabah dan Sarawak untuk dibawa ke Semenanjung,” menurut kenyataan itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here