Buat aduan jika majikan tidak laksana gaji minimum RM1,700

Ipoh, Feb-
Golongan pekerja tidak perlu bimbang untuk mengemukakan aduan jika terdapat majikan yang enggan mematuhi pelaksanaan gaji minimum RM1,700 sebulan seperti diumumkan kerajaan.

Penyelaras Biro Pekerja Parti Sosialis Malaysia (PSM), R. Saratbabu Raman berkata, aduan boleh dibuat melalui mana-mana pejabat Jabatan Tenaga Kerja (JTK) atau terus kepada PSM.

Menurutnya, beberapa aduan telah diterima khususnya melibatkan pekerja kontrak yang berkhidmat di premis kerajaan seperti pengawal keselamatan, tukang kebun dan pekerja pembersihan.

“Dalam bulan ini kita sudah mula terima aduan daripada pekerja bahawa majikan mereka mula memberikan alasan untuk tidak mematuhi pelaksanaan gaji minimum RM1,700.

“Alasan yang diberikan oleh majikan ini bahawa tender yang ditawarkan melalui kontrak-kontrak kerajaan melibatkan gaji RM1,500 sebulan, bukan RM1,700 sebulan,” katanya dalam sidang media di Pejabat PSM Perak di sini pada Jumaat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here