Lelaki maut tikam paha sendiri

Seorang pekerja kelab bistro maut selepas dipercayai menikam paha kanannya beberapa kali menggunakan pisau selepas minum minuman keras bersama dua rakan sekerja di kelab itu di Taman Usahawan Kepong, di sini, hari ini.

Polis menerima maklumat daripada seorang rakannya itu berhubung keadaan lelaki berusia 49 tahun berkenaan yang cedera dan tidak sedarkan diri pada jam 3.57 pagi.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai, berkata sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian mendapati mangsa tidak memakai baju, berseluar jeans panjang dan berkasut terbaring di lantai serta berlumuran darah, selain terdapat beberapa kesan tikaman pada paha.

“Siasatan mendapati pada jam kira-kira 12 tengah malam selepas premis itu ditutup, mangsa menikmati minuman keras bersama dua rakan sekerja di kelab berkenaan.

Beng Lai berkata, mayat mangsa diserahkan ke Bahagian Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian. Kertas siasatan dibuka sebagai mati mengejut (SDR) ketika ini kerana siasatan awal mendapati insiden itu tiada unsur jenayah.

 

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here