Kuala Lumpur, Feb-
Seorang kontraktor maut dipercayai ditikam oleh isterinya yang dikahwini sejak 37 tahun lalu, selepas berlaku perselisihan faham antara mereka dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Kajang, semalam.
Ketua Polis Kajang Naazron Abdul Yusof berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira 11 pagi dan menemui mayat mangsa yang berusia 60 tahun.
Susulan itu, isteri mangsa yang berusia 59 tahun telah ditahan reman sehingga 21 Feb depan untuk siasatan dan polis turut merampas pisau digunakan dalam kejadian.
“Punca kejadian dipercayai adalah disebabkan perselisihan faham antara kedua mereka,” katanya dalam kenyataan.



















