Operasi Patuh bermula di seluruh negara, dengan fokus pada kawasan industri

KUALA LUMPUR: Operasi Patuh (Op Patuh) yang dilaksanakan secara besar-besaran bermula semalam memberi fokus kepada kawasan perindustrian di seluruh negara. Selain menggemblengkan tenaga semua agensi di bawah 21 kementerian, aset polis seperti dron dan helikopter turut digunakan dalam operasi itu bagi memastikan prosedur operasi standard (SOP) Fasa Satu Kawalan Pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara dipatuhi.

Mereka juga gagal melakukan ujian saringan Covid-19 terhadap pekerja warga asing mereka, katanya. Penguatkuasaan Op Patuh di Kelantan pula memberi tumpuan kepada kilang-kilang yang beroperasi di Kota Bharu, Gua Musang, Machang dan Tanah Merah dengan penglibatan 900 anggota penguat kuasa daripada pelbagai agensi.

Timbalan Ketua Polis Kelantan Abdullah Muhammad Piah berkata pihaknya akan melakukan pemeriksaan secara besar-besaran di kilang yang diketahui mempunyai jumlah pekerja yang ramai. Di Melaka, lima kilang di negeri itu dikenakan kompaun berjumlah RM50,000 kerana melanggar SOP ditetapkan.

Ketua Polis Melaka Abdul Majid Mohd Ali berkata antara kesalahan ialah jumlah pekerja melebihi kapasiti 60% ditetapkan dan mengabaikan penjarakan fizikal di premis. Beliau berkata pada operasi itu juga sebanyak 218 kilang diperiksa iaitu 150 di Melaka Tengah, Jasin (37) dan Alor Gajah (31).

Tumpuan operasi hari ini ialah di kilang-kilang dan setakat ini kami berpuas hati dengan tahap pematuhan majikan dan didapati lebih 80 peratus premis mematuhi SOP ditetapkan. Kami juga memberi amaran kepada pihak majikan yang segelintirnya masih mengabaikan SOP seperti menyediakan kod QR MySejahtera, pengimbas suhu serta penanda arahan jalan keluar dan masuk, katanya.

Di Alor Setar, Polis Kedah mengeluarkan 16 kompaun ke atas pelbagai kesalahan dalam operasi berkenaan hasil pemeriksaan ke atas 299 kilang di negeri itu hari ini.

Ketua Polis Kedah Kamarul Zaman Mamat berkata dalam operasi yang melibatkan 382 anggota pihak berkuasa termasuk polis dan Jabatan Tenaga Kerja (JTK), 60 pekerja turut diperiksa. Antara kesalahan yang dilakukan ialah pekerja melebihi kapasiti 60% yang dibenarkan, majikan tidak menyediakan tanda penjarakan fizikal satu meter, kantin di kilang beroperasi membenarkan makan dine-in, tidak memakai pelitup muka dan tidak mendaftar masuk aplikasi MySejahtera, katanya dalam kenyataan.

Di Johor, hasil pemeriksaan di 120 premis diperiksa termasuk 100 daripada sektor perkilangan, sebanyak 77 kompaun dikeluarkan melibatkan pelbagai kesalahan. Ketua Polis Johor Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata Op Patuh di negeri itu melibatkan seramai 503 anggota terdiri daripada penguat kuasa daripada pelbagai agensi. Sebanyak empat premis diarah tutup serta merta atas kesalahan melanggar SOP utama,” kata Ayob dalam kenyataan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here