Kuala Lumpur, Feb-
Seorang remaja ditahan selepas dipercayai terbabit dalam kes cabul kanak-kanak perempuan dalam sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor, hari ini.
Ketua Polis Hulu Selangor Ahmad Faizal Tahrim berkata lelaki warga tempatan berusia 19 tahun itu disiasat selepas pihaknya menerima laporan berkait kejadian yang tular di media sosial.
“Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu esok untuk permohonan reman bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan.
Terdahulu, tular di media sosial rakaman video memaparkan seorang kanak-kanak perempuan disyaki dicabul ketika menunaikan solat subuh berjemaah di masjid berkenaan.
Menerusi perkongsian, seorang lelaki dilihat menceroboh ke ruang solat wanita ketika jemaah sedang solat dan melarikan seorang kanak-kanak.





















