Kuala Lumpur, Feb-
Remaja 19 tahun direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes cabul kanak-kanak perempuan di sebuah masjid di Batang Kali, seperti yang tular semalam.
Perintah reman sehingga 28 Feb terhadap suspek itu dikeluarkan Majistret Nurul Izzah Hasan Basri di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu.
Media semalam melaporkan suspek ditahan kerana disyaki mencabul budak perempuan yang sedang solat Subuh.Kejadian berlaku ketika mangsa sedang sujud di belakang barisan jemaah wanita.
Terdahulu, tular di media sosial rakaman video memaparkan seorang kanak-kanak perempuan disyaki dicabul ketika menunaikan solat subuh berjemaah di masjid berkenaan.






















