Dungun, Feb-
Kanak-kanak lelaki cedera selepas diserang seekor kera liar di rumahnya, di Bandar Al Muktaffi Billah Shah, dekat sini.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang semalam, menyebabkan Muhammad Ammar Hakim Sanusi, 10, cedera di badan termasuk lengan akibat digigit dan dicakar kera terbabit.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, ketika ditemui mengesahkan kejadian berlaku.
Beliau berkata, ketika berjalan keluar dari rumahnya, secara tiba-tiba seekor kera mengejar sebelum menerkam belakang mangsa.
“Kera terbabit dipercayai datang dari bahagian belakang kediaman mangsa, akibat serangan itu, mangsa menjerit kesakitan dan meronta-ronta untuk melepaskan gigitan kera terbabit.
Mangsa berlari untuk menyelamatkan diri namun kera terbabit terus mengejar dan menyerang mangsa,” katanya .
Ghazali berkata, ibu mangsa yang terdengar jeritan meminta tolong dari anaknya itu bergegas turun dan menghalau kera terbabit.
“Mangsa kemudiannya dibawa ke Klinik Kesihatan AMBS sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu (HSNZ) untuk rawatan lanjut.




















