Nabil, Azad Jasmin, Radin direhat susulan kontroversi

Kuala Lumpur, Mac-
Penyampai radio 3 Pagi Era Nabil Ahmad, Azad Jasmin dan Radin Amir Affendi Ahmad Aruani direhatkan daripada program itu, menurut pengurusan Astro Audio.

Dalam kenyataan, Astro Audio berkata pihaknya kesal dengan insiden rakaman video mempersenda tarian kavadi Hindu melibatkan penyampai mereka.

“Sebagai sebuah syarikat penyiaran bertanggungjawab, kami memandang serius perkara ini.

“Selepas pertimbangan teliti, kami memutuskan untuk merehatkan ketiga-tiga individu tersebut dari ke udara sehingga diberitahu kelak, sementara kami menjalankan siasatan dalaman ke atas insiden ini,” katanya.

Terdahulu, dalam hantaran di akaun Instagram Era FM, Nabil, Azad dan Radin memohon maaf atas video tersebut dan mengakui mereka tidak sensitif, terutama kepada masyarakat India.

Video yang telah diturunkan dalam platform media sosial stesen itu, memaparkan seorang penyampai meniru tarian kavadi, sambil menyebut ‘Vel Vel disusuli gelak tawa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here