Putrajaya , Mac-
Dua anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) cedera dalam insiden provokasi membabitkan penjaja tidak berlesen di dua lokasi Bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu negara, semalam.
DBKL dalam kenyataan memaklumkan, dua insiden itu berlaku di Bazar Ramadan dan Aidilfitri Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) serta di Jalan Benten.
“Dua laporan polis dibuat berasingan manakala pelaku yang mendatangkan kecederaan kepada anggota penguat kuasa DBKL sudah diserah kepada polis.
“DBKL tidak akan berkompromi terhadap sebarang tindakan agresif ke atas petugas yang menjalankan amanah demi kepentingan masyarakat,” katanya.
DBKL berkata, pihaknya mengamalkan pendekatan berhemah dalam melaksanakan tindakan penguatkuasaan.
Sebelum sebarang tindakan diambil, petugas DBKL akan memberi teguran dan notis kepada mereka yang didapati melanggar peraturan.




















