Bekalan Beras Negara Mencukupi, Hingga Lima Bulan

Kuala Lumpur, Sep 18
Malaysia mempunyai stok bekalan beras yang mampu menampung sehingga lima bulan. Susulan itu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, berkata pihaknya berpandangan masih belum ada keperluan mendesak yang bersifat kecemasan untuk menggunakan stok penimbal beras kerana stok dagangan sedia ada sebanyak 650,000 tan itu masih mencukupi bagi menampung keperluan domestik.

Beliau berkata, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan juga kini giat melaksanakan inisiatif bagi meningkatkan pengeluaran hasil padi negara supaya mencapai sasaran Kadar Sara Diri beras iaitu sebanyak 80 peratus menjelang 2030.

Katanya, antara inisiatif dilakukan adalah pelaksanaan program SMART Sawah Berskala Besar yang diperluaskan dengan menyasarkan pelaksanaan program di kawasan seluas 150,000 hektar sawah padi dengan purata pengeluaran hasil sebanyak tujuh tan bagi setiap hektar.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here