MCMC kompaun Era FM RM250,000

Kuala Lumpur, March-

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengenakan kompaun RM250,000 kepada Maestra Broadcast Sdn Bhd kerana muat naik kandungan jelik melampau di TikTok Era.FM.

Kompaun itu dikenakan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (yang dipinda pada 11 Februari 2025).

Denda itu dikeluarkan dengan kelulusan Jabatan Peguam Negara.

MCMC dalam kenyataan hari ini menjelaskan pihaknya juga memutuskan untuk tidak menggantung lesen penyiaran Maestra Broadcast Sdn Bhd,pengendali Era FM selepas meneliti rayuan syarikat itu terhadap notis penggantungan yang dikeluarkan pada 7 Mac.

Suruhanjaya itu juga mempertimbangkan kesan penggantungan terhadap Melody dan Mix FM, yang beroperasi di bawah lesen yang sama

Suruhanjaya itu turut mengingatkan semua penyiar dan pengguna dalam talian agar bertanggungjawab dalam memelihara keharmonian kaum dan agama serta mematuhi undang-undang negara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here