Lelaki tembak mati di kedai makan kerana dendam

Johor Bahru, Mac-
Dendam antara dua kumpulan kongsi gelap dipercayai menjadi punca seorang lelaki ditembak mati di sebuah kedai makan di Taman Setia Indah, di sini dalam kejadian pada 8 Januari lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk M. Kumar berkata, mangsa berusia 40 tahun dipercayai ahli kongsi gelap ditembak pada jarak dekat dengan empat das tembakan.

“Susulan kejadian itu, satu pasukan khas dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor dan Bukit Aman ditubuhkan bagi mengesan suspek.

“Hasil risikan dan operasi yang dijalankan bermula 8 Januari hingga 17 Mac, polis Johor telah melakukan beberapa siri serbuan dan tangkapan di sekitar Johor Bahru,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Johor di sini pada Khamis.

Menurut Kumar, pada 8 Mac lalu, sepasukan anggota Bahagian Siasatan Khas (D9), Jabatan Siasatan Jenayah IPK Johor menembak mati seorang lelaki berusia 64 tahun dalam kejadian berbalas tembakan di Jalan Persiaran Bumi Hijau, Taman Molek.

“Suspek melepaskan beberapa das tembakan ke arah polis menyebabkan pihak kami terpaksa membalas tembakan bagi mempertahankan diri.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here