Hujan lebat, banjir kilat melanda 86 rumah

Sungai Buluh, Apr-
Sekurang-kurangnya 86 rumah penduduk sekitar Kampung Baru Sungai Buloh dan Paya Jaras Hilir di sini, dinaiki air susulan cuaca buruk sejak malam tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar, berkata pihaknya menerima panggilan pada 5.01 pagi dan 6.30 pagi membabitkan dua lokasi berkenaan.

“Jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Jelutong tiba di lokasi, di Jalan Teratai 4, Kampung Paya Jaras Hilir mendapati dinaiki air sedalam 0.91 meter (m).

“Sebanyak 80 buah rumah terjejas akibat banjir itu, namun air semakin surut dan tiada pemindahan mangsa dilakukan. Operasi tamat pada 7.21 pagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here