Home Bahasa Malaysia Keputusan SPM 2024 diumum pada 24 April – KPM

Keputusan SPM 2024 diumum pada 24 April – KPM

 Putrajaya, Apr-

Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 akan diumumkan pada Khamis, 24 April ini, menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Dalam satu kenyataan hari ini, KPM memaklumkan bahawa seramai 402,956 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan tersebut yang dilaksanakan di 3,337 pusat peperiksaan di seluruh negara.

“Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan masing-masing di sekolah bermula 10 pagi pada tarikh tersebut.

“Bagi calon persendirian, keputusan akan dihantar melalui pos atau boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat mereka mendaftar untuk menduduki peperiksaan,” menurut kenyataan itu.
KPM memaklumkan pihak sekolah perlu memastikan proses penyerahan keputusan peperiksaan dilaksanakan secara cekap dan teratur bagi memastikan kelancaran urusan penyampaian keputusan kepada calon.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here