Kuala Lumpur, Nov-
Pakar sejarah dan tokoh akademik Zainal Kling meninggal dunia di Hospital Shah Alam, pada usia 80 tahun.
Bekas penyandang kursi Raja-Raja Melayu Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan timbalan naib canselor (HEP) Universiti Malaya (UM) itu menghembuskan nafas terakhir ketika mendapatkan rawatan di hospital berkenaan pada 4.30 pagi tadi .
Anak lelaki Zainal, Reza Safri berkata tiga hari di Hospital Shah Alam. Beliau dibawa ke sana selepas kesihatannya merudum akibat komplikasi diabetik. Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam selepas Zuhur, hari ini,” katanya ketika dihubungi.
Karier Zainal bermula dengan menjadi tenaga pengajar di UM pada 1967 sebelum dilantik menjadi pembantu pensyarah pada 1974.
Beliau dianugerahkan gelaran prof madya dari 1977 hingga 1992 dan dilantik sebagai profesor penuh pada 1992.
Sepanjang hayatnya selain pernah menjadi timbalan naib canselor UM, Zainal turut pernah memegang beberapa jawatan lain seperti pengarah Pusat Kajian Integrasi Nasional Malaysia UPSI, pemegang kursi Majlis Raja-raja Melayu UiTM dan ketua Kluster Sejarah, Majlis Profesor Negara.
Selain itu, Zainal merupakan penyandang jawatan timbalan pengerusi Lembaga Peradaban Melayu ketika ini.