Bayi, budak 5 tahun antara 3 korban tanah runtuh di Penampang

Tiga mangsa termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dan bayi lapan bulan maut dalam kejadian tanah runtuh di kuarters pembinaan kondominium Forest Hill di Penampang, petang tadi.

Jurucakap bomba ketika dihubungi berkata, tiga lagi termasuk kanak-kanak berusia satu serta tiga tahun terselamat dalam kejadian itu.

Bomba menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada 3.57 petang yang memaklumkan berlaku tanah runtuh di kawasan berkenaan.

Setibanya di lokasi terdapat dua mangsa yang disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan, maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here