Tapah, Apr-
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyasarkan lebih 70 peratus pengundi keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, Sabtu ini.
Pengerusi SPR Datuk Seri Ramlan Harun menasihatkan pengundi supaya keluar menunaikan tanggungjawab lebih awal pada 26 April ini berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu sejak akhir-akhir ini.
Beliau berkata bagi proses pengundian awal hari ini, pihaknya menyasarkan lebih 90 peratus daripada 500 pengundi terdiri daripada pegawai dan anggota polis serta pasangan akan menunaikan tanggungjawab mereka.