Ismail Sabri dipanggil semula SPRM Rabu ini -Azam Baki

Putrajaya, Mac-
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil semula bekas perdana menteri Ismail Sabri Yaakob, Rabu ini untuk dirakam percakapan berhubung siasatan dakwaan rasuah dan pengubahan wang haram.

Ketua Pesuruhjaya Azam Baki berkata Ahli Parlimen Bera itu dipanggil atas kapasiti sebagai suspek dan bukan saksi bagi kes disiasat.

Beliau bagaimanapun berkata proses rakaman percakapan itu bergantung kepada tahap kesihatan bekas naib presiden Umno berkenaan.

Ismail dimasukkan ke sebuah hospital swasta pada 22 Feb lalu selepas dikatakan pengsan dan tidak sedarkan diri. Difahamkan keadaannya kini stabil namun memerlukan pemantauan doktor.

Azam juga menafikan SPRM menjalankan siasatan terpilih dan menegaskan ia dibuat secara profesional dan adil.

“Tanpa fikir darjat dan kedudukan, tiada arahan daripada sesiapa…kami bertindak sendiri berdasarkan siasatan sendiri,” katanya sambil memberitahu 13 akaun bank bernilai RM2 juta telah dibekukan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here