Ramanan hargai peranan komuniti India bangunkan negara

Kuala Lumpur, Mei-
Masyarakat India di negara ini khususnya golongan pekerja memainkan peranan penting dalam pembangunan negara.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan, berkata ini kerana mereka sentiasa berada di barisan hadapan tadbir urus, perkhidmatan awam, sektor perniagaan, hiburan, pendidikan, makanan dan bidang profesional lain.

Atas dasar itu, Ramanan yang juga Ahli Parlimen Sungai Buloh, berkata beliau menghargai dan mengingati peranan penting komuniti India dalam membangunkan negara.

Apatah lagi katanya, Kerajaan Perpaduan di bawah kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, cukup komited untuk memperkasakan dan membela nasib masyarakat India di negara seiring dengan gagasan Malaysia MADANI.

“Ramai tokoh penting daripada komuniti India yang tersohor memberikan sumbangan dan pengorbanan yang cukup mendalam sama ada dalam pelbagai bidang termasuk perkhidmatan awam , politik, perniagaan, dan badan bukan kerajaan (NGO).

“Malah ramai pemimpin juga terdiri daripada kesatuan pekerja. Sempena Hari Pekerja hari ini, saya ingin menghargai segala peranan penting yang dimainkan komuniti India dalam proses pembangunan negara,” katanya melalui kenyataan, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here