Kota Kinabalu, Mei-
Jumlah mangsa banjir di Sabah meningkat kepada 1,627 orang daripada 488 keluarga pada jam 8 pagi ini, berbanding 1,526 orang daripada 455 keluarga pada jam 4 petang semalam.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah berkata, seramai 1,268 orang daripada 377 keluarga di Sook masih berlindung di empat pusat pemindahan sementara (PPS).
PPS Dewan Datuk Ellron Agin menempatkan 671 mangsa, Dewan Masyarakat Sook (272), Dewan Sekolah Kebangsaan Pekan Keningau 2 (208) dan seramai 117 mangsa di Dewan Kampung Ansip Tengah.
Sementara itu, di Beaufort, sebanyak 359 mangsa daripada 111 keluarga dipindahkan ke Pusat Pemindahan Kekal (PPK) Selagon.
“Sebanyak 19 kampung masih terjejas banjir iaitu 10 di Beaufort dan sembilan di Sook,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.