BEKAS PRESIDEN PERTUBUHAN LEMBAGA KOPERASI NESA RAJAKANNAN MENINGGAL DUNIA

Petaling Jaya, Sept 13-

Bekas presiden Pertubuhan Lembaga Koperasi NESA Rajakannan Ravanaiya yang juga berkhidmat sebagai  bekas Setiausaha Eksekutif Ibu Pejabat MIC meninggal dunia pada semalam akibat uzur.

Rajan yang berumur 70 tahun telah lama mengalami diabetes meninggal dunia semalam. 

Beliau yang berkelulusan ijazah dari Universiti Malaya, mula berkhidmat di ibu pejabat MIC sebagai pegawai eksekutif setelah tamat pengajiannya.

Berikutan itu, Rajan dilantik sebagai Setiausaha Eksekutif di Ibu Pejabat MIC.

Rajan menamatkan perkhidmatannya dari ibu pejabat MIC pada tahun 1980 dan mula berkhidmat di Pertubuhan Lembaga Koperasi NESA sebagai pegawai eksekutif. 

Sejak itu dia memegang pelbagai tanggungjawab sebagai Ketua Pegawai Eksekutif. Beliau kemudian dilantik sebagai setiausaha Lembaga  Koperasi NESA,  Pengarah dan Presiden Lembaga Koperasi NESA. Walaupun setelah bersara beberapa tahun lalu beliau sentiasa berkongsi idea dan pengalamannya.  

Upacara pengebumian mendiang Rajan akan dilangsungkan hari        ini, orang awam yang ingin menzahirkan takziah dan mengunjungi boleh hubungi ahli keluraga untuk mengelakan kesesakan dan mengamalkan jarak sosial susulan sekatan Covid-19.

Berikutan kediangan Tan sri V. Manikkavasakam, Pemimpin Rakyat Tan sri C. Subramaniam memilih Rajan sebagai Presiden Pertubuhan Lembaga Koperasi. 

Beliau seorang yang berpengalaman dalam bidang koperasi dan juga pernah berkhidmat sebagai ahli dewan dalam pelbagai organisasi. Beliau  berjaya menggunakan Koperasi NESA sebaik mungkin dengan kepintarannya.

NESA juga telah melalui  zaman krisis ekonomi negara pada tahun 1987. Kemudian bersama Tan sri Subramaniam  beliau membangkitkan NESA. Rajan mempunyai pengalaman matang dalam politik, masyarakat dan ekonomi. Beliau  telah menjadi penyumbang utama pertumbuhan ekonomi anggota NESA.

Keluarga Tan sri Subramaniam mengucapkan takziah yang mendalam atas kematiannya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here