Bayi terbiar di rumah dalam pembinaan

Kuala Selangor, Sep 26.
Seorang bayi perempuan ditemui di sebuah rumah yang sedang dalam pembinaan di Kampung Pasir Tuntong, di Kuala Selangor, awal pagi tadi. Polis menemui baby itu di atas lantai simen rumah itu. Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa, berkata pihaknya menerima laporan berhubung penemuan itu daripada orang awam pada jam 1.40 pagi.

Orang awam yang mendengar suara bayi menangis berterusan menghubungi polis. Bayi itu dipercayai baru dilahirkan.Ketika ditemui, bayi itu masih bertali pusat. Tiada pakaian atau nota ditinggalkan di sekitar lokasi berkenaan.Polis juga menghubungi pasukan perubatan bagi memastikan keadaan bayi itu, katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor, di sini, hari ini.

Ramli berkata, pasukan perubatan kemudian membawa bayi itu ke Hospital Tanjong Karang untuk rawatan dan pemeriksaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here