Kuala Lumpur, Mei-
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada penganut Katolik atas pemilihan Paus Leo XIV sebagai Ketua Gereja Katolik baharu.
Perdana Menteri dalam hantaran di Facebook menyifatkan peristiwa bersejarah ini menandakan permulaan baharu bagi komuniti Katolik global.
“Saya merakamkan ucapan tahniah yang tulus ikhlas kepada penganut Katolik di seluruh dunia, khususnya di Malaysia, atas pemilihan Paus Leo XIV.
“Peristiwa bersejarah ini menandakan permulaan baharu bagi komuniti Katolik global (dan) saya yakin ia akan menjadi sumber inspirasi dan semangat yang diperbaharui.
Malaysia menghargai hubungan erat dengan ‘Holy See’ dan menantikan jalinan kerjasama yang berterusan, berasaskan rasa hormat bersama, dialog yang membina serta komitmen bersama terhadap keamanan dan maruah insan,” katanya.
Paus Leo XIV, 70, dipilih secara rasmi sebagai Ketua penganut Katolik bagi menggantikan Paus Francis, 88, yang meninggal dunia akibat strok dan kegagalan jantung pada 21 April lalu.













