PUTRAJAYA –
Jumlah penduduk negara ini yang berumur 65 tahun dan ke atas meningkat kepada 2.23 juta pada suku keempat 2019 berbanding 2.14 juta bagi tempoh yang sama pada tahun 2018, menurut laporan Perangkaan Demografi.
Dalam tempoh yang sama, beliau berkata komposisi jumlah (golongan muda) berumur 0 hingga 14 tahun pula menurun kepada 7.55 juta daripada 7.65 juta pada suku keempat tahun 2018.
“Sementara itu populasi penduduk berumur 15 hingga 64 tahun (golongan bekerja) meningkat daripada 22.69 juta (suku keempat 2018) kepada 22.90 juta,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.