9 anggota FRU maut nahas di Perak

Teluk Intan, Mei-
Sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) maut dalam nahas di Jalan Chikus-Sungai Lampam, Teluk Intan, kira-kira 8.30 pagi ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, Sayani Saidon, berkata kemalangan itu membabitkan sebuah lori muatan batu dan kenderaan FRU membawa 18 anggota termasuk pemandu.

“Setakat ini, saya boleh mengesahkan lapan orang meninggal dunia dan operasi menyelamat masih dijalankan.

Beberapa mangsa yang berjaya dikeluarkan dari kenderaan dihantar ke Hospital Teluk Intan, namun operasi masih diteruskan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here